slp--------------------------- slp--------------------------- slp--------------------------- slp--------------------------- slp--------------------------- ------------------------------ SILAHKAN MENGKLIK IKLANYA ASYIK LO? PANCING: UMPAN MEMANCING

Senin, 17 Mei 2010

UMPAN MEMANCING

UMPAN

Didalam aktivitas memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, cara penyediaan dan penggunaan umpan serta memastikan lubuk amat penting bagi memastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktivitas ini dapat ditaksirkan sebagai satu olahraga yang menyenagkan. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk Ikan.
Ikan Air Tawar.

Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih senang dari ikan air asin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada dekat tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup menuju satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air.1. Kelapa Sawit2. Buah Neram3. Ulat Sagu4. Cengkerik5. Ubi Kayu6. Cacing Tanah7. Perut Ayam8. Gewang (mengilat).
Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktivitas memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan cara pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti balon.1. Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.2. Gewang (Rapala).3. Sotong Hidup.
Umpan Air Masin (Muara Laut). (Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tanda dll )
Aktivitas disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.1. Udang Hidup2. Perumpun (Umpun-umpun)3. Tamban4. Wat Wat Bakau5. Hirisan Ikan6. Gewang (rapala)
Umpan Sungai/Lombong/Anak Sungai & Tali Air. (Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)
Kebiasaan Aktivitas disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam waktu yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang dekat. Umpannya pula banyak terdapat ditoko toko dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Masin. 1. Anak Katak.2. Cacing.3. Anak Udang.4. Pisang.5. Tepung & Dedak (Hong) Roti.6. Cengkerik.7. Anak Ikan8. Hati Ayam.9. Telur Kerengga.